Saturday 8 October 2016

TUMBUHAN


Tumbuhan hijau



Image result for tumbuhan





Tumbuhan adalah mahkluk yang hidup dan memiliki daun, batang, dan akar. Tumbuhan mampu menghasilkan makanan sendiri dan bahan makan yang dihasilkan tidak hanya dimanfaatkan untuk tumbuhan sendiri, tetapi juga manusia dan haiwan. Bukan saja makanan yang dihasilkan o2 atau oksigen, dan mengubah karbon dioksida atau Co2 yang dihasilkan oleh manusia dan haiwan menjadi oksigen yang dapat digunakan oleh semua mahkluk yang ada di muka bumi ini. Tumbuhan dapat memberikan perasaan tenang dan menimbulkan perasaan tenang kepada sesiapa sahaja yang memandangnya, dan mampu memberi ketenangan dan kesegaran udara yang nyaman. Tumbuhan juga boleh dijadikan tempat berteduh dan beriadah bersama keluarga. Tumbuhan juga merupakan pembentukan tempat-tempat hidup bagi seluruh alam sekitarnya dan memberi tempat berteduh untuk kehidupan di muka bumi ini.

PUISI (KEINDAHAN ALAM DI UUM)

pUiSi

Displaying IMG-20161003-WA0046.jpg


Gelombang jiwa di udara
Laksana sinar di pagi hari
Bagaikan rembulan mengarunggi samudra
Seperti peri kehilangan cahaya matahari.

Kicauan burung terdengar merdu
Menandakan adanya hari baru
Indahnya alam ini membuatku terpaku
Seperti dunia hanya untuk diriku.

Ku pejamkan mataku sejenak
Kurentangkan tanganku sejenak
Sejuk, tenang, senang ku rasakan
Membuatku seperti melayang kegirangan.

Wahai pencipta alam
Kekagumanku sulit untuk ku pendam
Dari siang hingga malam
Pesonanya tak pernah padam.

Desiran angin yang berirama di sepanjang sungai
Tumbuhan yang menari-nari di pesisiran sungai
Begitu indah rasanya
Bak indahnya taman di syurga.

Itulah keindahan alam 
Keindahan alam di hutan sintok uum
Melewati sungai yang tenang
Mendengar kekicauan burung yang merdu
Begerak perahu mengikutarus sungai yang indah 
Tenang rasa diriku setenang arus yang begerak. 

HAZIRAH

Wednesday 5 October 2016

PENULISAN ILMIAH
Penulisan ilmiah ialah penulisan yang sering digunakan oleh para pelajar untuk melakukan kajian mereka iaitu dengan membuat analisis, tujuan terhadap benda yang mereka hendak kaji. Dari definisi yang lain membawa maksud bahawa karya ilmiah adalah laporan tertulis dan di publikasi yang memaparkan hasil penelitian atau pengkajian yang telah dilakukan oleh seseorang atau sebuah pasukan dengan memenuhi kaedah dan etika keilmuan yang dikukuhkan dan dihayati oleh masyarakat.
TERDAPAT BEBERAPA JENIS PENULISAN ILMIAH ANTARANYA :-
  • ·         MAKALAH
  • ·         SKIPSI
  • ·         TESIS
  • ·         DISERTASI

TUJUAN PENULISAN ILMIAH KERANA:-
  • ·         untuk mengajar para pelajar bagai mana cara untuk menulis dengan betul dan membuktikan potensi dan wawasan ilmiah yang para pelajar miliki dalam diri masing-masing.
  • ·         untuk meningkatkan gaya pengetahuan para pelajar supaya mampu menghasilkan pemikiran yang waras dan berilmu pengetahuan yang tinggi dan mampu menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.
  • ·         untuk membentuk jati diri yang berpotensi dan berdaya saing yang tinggi.




 HAZIRAH BINTI MOHAMAD ZAHER
s241101