Wednesday 14 December 2016

ALHAMDULILLAH DAN JUTAAN TERIMA KASIH

Pertama kalinya saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada DR HASIMAH kerana telah memberikan banyak informasi yang berguna kepada kami sepanjang sesi pembelajaran berlangsung. Alhamdulillah di atas segala tunjuk ajar daripada pensyarah subjek ini , saya telah berjaya memahami subjek Bahasa Melayu dengan lebih mendalam. Pengantar Penulisan bukan sahaja memberi pemahaman tentang kosa kata , malah menekan aspek-aspek lain yang sering dipandang remeh oleh penulis. Melalui kaedah pengajaran yang secara bersahaja dan santai , para pelajar lebih mudah berinteraksi dengan pensyarah mengenai sesuatu topik penting . Oleh itu , melalui kaedah ini juga pelajar dapat mewujudkan suasana yang lebih kondusif bersama pensyarah semasa sesi P&P berlangsung. Bak kata pepatah lama " tak kenal maka tak cinta" begitulah sinonimnya pepatah ini dengan diri saya. Seawal penglibatan saya dengan subjek ini , saya agak kurang berminat di samping lemah dalam penggunaan Bahasa Melayu. Namun setelah diberi tunjuk ajar oleh pihak DR HASIMAH , saya telah berjaya menguasai sedikit sebanyak subjek ini.

Selain daripada itu , saya juga amat tertarik kaedah pendekatan subjek ini. Pelbagai tugasan yang diberikan membuat subjek ini tidak pernah menjemukan. Tugasan dalam blog , penulisan karangan serta revisi di dalam kelas ternyata sangat menghiburkan. Oleh itu , subjek ini menjadi salah satu daripada subjek kegemaran saya . Saya berharap kaedah pengajaran yang baru dapat diperhebatkan agar penggunaan Bahasa Melayu akan semakin meluas pada masa hadapan.Terima kasih.









 HAZIRAH
241101
CARA-CARA MEMBUAT MAKANAN YANG CEPAT MUDAH DAN SEDAP
HANYA MEMERLUKAN 3BAHAN SAHAJA ANTARANYA:

BAHAN-BAHAN

ROTI 
MAYONIS
TUNA CILI

CARA-CARANYA;.....

SEDIAKAN BAHAN-BAHAN DI ATAS.....
SUSUN ROTI KEPADA BEBERAPA BAHAGIAN...
RATAKAN MAYONIS DI ATAS PERMUKAAN ROTI DAN SAPUKAN TUNA SECUKUPNYA
CARA YANG MUDAH DAN SENANG DI SEDIAKAN... 




HAZIRAH
241101 NOVEL 
  NOVEL KARYA INDI

PADA zaman kebebasan maklumat dan bersuara hari ini, masyarakat dunia semakin bebas meluahkan idea dan pandangan hidup mereka dalam sesuatu isu. Setiap orang boleh menjadi penulis dan menerbitkan tulisannya dengan lebih mudah berbanding zaman dahulu. Dalam dunia penulisan hari ini, sejenis penulisan baru yang digelar sastera atau penulisan indie telah menjadi seperti sebuah fenomena. Ramai penulis baru yang tidak dikenali telah muncul dan menjadi popular dengan buku-buku mereka.
Apakah sebenarnya yang dimaksudkan sastera indie ini? Jika mahu dimaksudkan istilah indie kepada proses penghasilannya, iaitu menulis, menerbit dan memasarkan sendiri, istilah itu sebenarnya tidak begitu realistik dengan keadaan sebenar. Ini kerana rata-rata penulis indie ini tidak menerbitkan karya mereka sendiri, melainkan hanya segelintir yang melakukannya. Majoriti mereka masih menerbitkan di bawah label penerbitan orang lain.
Sastera indie mungkin lebih tepat jika dimaksudkan kepada suatu genre penulisan baharu yang tidak mempunyai sebarang bentuk yang jelas dan dikenali sebelum ini. Bukan seperti cerpen, sajak, biografi, novel atau karangan ilmiah lain, seperti yang telah diterima umum sebelum ini. Kalaupun ia sebuah novel atau sajak, ia tidaklah seperti sajak yang umum kita ketahui seperti sebelum ini.
Boleh saja ia adalah daripada himpunan tulisan yang bermula di Facebook, blog dan Twitter. Ia tidak mempunyai suatu ciri-ciri penulisan yang tertentu. Ada yang bersifat sarkastik, memberontak, maki-hamun, jenaka, menentang establishment, catatan diari, nasihat agama, kata-kata pendek, catatan perjalanan dan sebagainya.
Dengan kemudahan mencetak yang murah dan cara promosi yang meluas capaiannya, misalnya melalui media sosial seperti Facebook atau Twitter, kemunculan karya-karya yang dipanggil indie ini semakin mendominasi, bahkan menyaingi jualan dan populariti karya-karya arus perdana. Ia telah menjadi suatu fenomena semasa. Ramai penulis baru dikenali melalui cara ini. Tidak seperti dahulu, penulis biasanya bermula daripada akhbar dan majalah-majalah arus perdana.
Selama ini menerbitkan buku adalah perkara yang agak susah, melalui tapisan yang rumit dan memakan masa yang lama. Ia tertakluk kepada genre, polisi dan kualiti yang dikenakan oleh pihak penerbit. Hari ini semua ini dapat dilanggar dengan begitu mudah sahaja. Sesiapa sahaja boleh menulis dan menerbitkan buku jika mempunyai wang.
Majoriti penulisnya pula adalah muda belia yang selama ini ada yang tidak dikenali langsung. Pada masa dahulu orang yang sudah terkenal dalam bidang masing-masing yang menulis buku untuk kongsikan pengalaman dan pandangan hidup mereka, tetapi pada hari ini orang yang tidak dikenali menjadi terkenal kerana buku yang mencatat pandangan dan pengalaman hidup mereka.
Kerana ia ditulis dan diterbit secara bebas, karya-karya ini banyak yang “kesat”, luahan mentah, syok sendiri, merapu dan biadab. Ia luahan tanpa tapisan yang teliti. Perkiraan utama mereka mungkin adalah sama ada ia boleh dijual atau tidak. Ia ditulis lebih kepada memenuhi selera dan permintaan masyarakat.
Apakah yang mahu dirumuskan dengan karya-karya sebegini? Jika ditelusuri, karya-karya sebegini adalah produk daripada keadaan masyarakat. Jika masyarakat kacau-bilau, misalnya krisis politik atau kekacauan dalam memahami agama, perkara-perkara sebeginilah yang bermain dalam tulisan mereka. Ia bukanlah karya yang akan mengubah pemikiran masyarakat kepada pemikiran tertentu atau melahirkan jalan penyelesaian kepada permasalahan yang sedia ada.
Ia sebenarnya adalah produk dari keadaan masyarakat, suatu refleksi atau tindak balas sosial. Luahan-luahan golongan muda dan golongan yang selama ini tidak dapat menyatakan pandangan mereka kerana tiada medium untuk menyampaikannya. Ia adalah ekspresi diri mereka berkenaan sesuatu perkara. Ia adalah jeritan-jeritan manusia yang dibelasah oleh kehidupan dunia moden hari ini.
Adakah ia boleh dianggap seperti grafiti pada dinding, tembok bangunan ataupun tandas-tandas awam? Jika pada masa dahulu lakaran grafiti ditulis secara menyorok untuk meluahkan ketidakpuasan hati kerana perasaan malu dan takut dikenakan tindakan, hari ini ia telah dilakukan secara terbuka melalui penerbitan buku-buku. Seiring dengan dunia yang semakin bebas, ramai orang bebas bercakap dan meluahkan perasaan, makna nilai-nilai seni dan sastera tulisan-tulisan ini juga semakin kabur.

Bahkan seni berbahasa yang halus ini telah diganti dengan caci-maki, sumpah-seranah dan maki-hamun sebagai ekspresi diri kepada sesuatu yang tidak disukai mereka. Dahulu orang menyampaikan kemarahannya secara berkias, tetapi di dalam penulisan indie ini, ia lebih banyak disampaikan secara terang tanpa selindung. Tiada lagi seni dalam menyampaikan sesuatu pandangan, bahkan bahasa slanga yang kasar telah menjadi suatu seni kepada mereka seolah-olah siapa yang paling lantang dan keras bahasanya, dialah yang hebat.
APA ITU KARYA INDIE
Apakah sebenarnya yang dimaksudkan sastera indie ini? Jika mahu dimaksudkan istilah indie kepada proses penghasilannya, iaitu menulis, menerbit dan memasarkan sendiri, istilah itu sebenarnya tidak begitu realistik dengan keadaan sebenar. Ini kerana rata-rata penulis indie ini tidak menerbitkan karya mereka sendiri, melainkan hanya segelintir yang melakukannya. Majoriti mereka masih menerbitkan di bawah label penerbitan orang lain.
Sastera indie mungkin lebih tepat jika dimaksudkan kepada suatu genre penulisan baharu yang tidak mempunyai sebarang bentuk yang jelas dan dikenali sebelum ini.( Azman Hussin) Bukan seperti cerpen, sajak, biografi, novel atau karangan ilmiah lain, seperti yang telah diterima umum sebelum ini. Kalaupun ia sebuah novel atau sajak, ia tidaklah seperti sajak yang umum kita ketahui seperti sebelum ini.
Boleh saja ia adalah daripada himpunan tulisan yang bermula di Facebook, blog dan Twitter. Ia tidak mempunyai suatu ciri-ciri penulisan yang tertentu. Ada yang bersifat sarkastik, memberontak, maki-hamun, jenaka, menentang establishment, catatan diari, nasihat agama, kata-kata pendek, catatan perjalanan dan sebagainya.
Majoriti penulisnya pula adalah muda belia yang selama ini ada yang tidak dikenali langsung. Pada masa dahulu orang yang sudah terkenal dalam bidang masing-masing yang menulis buku untuk kongsikan pengalaman dan pandangan hidup mereka, tetapi pada hari ini orang yang tidak dikenali menjadi terkenal kerana buku yang mencatat pandangan dan pengalaman hidup mereka.
Kerana ia ditulis dan diterbit secara bebas, karya-karya ini banyak yang “kesat”, luahan mentah, syok sendiri, merapu dan biadab. Ia luahan tanpa tapisan yang teliti. Perkiraan utama mereka mungkin adalah sama ada ia boleh dijual atau tidak. Ia ditulis lebih kepada memenuhi selera dan permintaan masyarakat.
Apakah yang mahu dirumuskan dengan karya-karya sebegini? Jika ditelusuri, karya-karya sebegini adalah produk daripada keadaan masyarakat. Jika masyarakat kacau-bilau, misalnya krisis politik atau kekacauan dalam memahami agama, perkara-perkara sebeginilah yang bermain dalam tulisan mereka. Ia bukanlah karya yang akan mengubah pemikiran masyarakat kepada pemikiran tertentu atau melahirkan jalan penyelesaian kepada permasalahan yang sedia ada.

Ia sebenarnya adalah produk dari keadaan masyarakat, suatu refleksi atau tindak balas sosial. Luahan-luahan golongan muda dan golongan yang selama ini tidak dapat menyatakan pandangan mereka kerana tiada medium untuk menyampaikannya. Ia adalah ekspresi diri mereka berkenaan sesuatu perkara. Ia adalah jeritan-jeritan manusia yang dibelasah oleh kehidupan dunia moden hari ini.


APA ITU DRAMA/FILEM ADAPTASI

MENERBITKAN drama adaptasi daripada novel popular telah menjadi fenomena. Pengarah dan penerbit berlumba-lumba mengadaptasi novel kerana drama adaptasi mendapat sambutan yang memberangsangkan. Ini juga dikatakan satu persaingan positif industri penerbitan drama negara ini.
Apabila sesebuah novel diadaptasi ke filem, maka ia adalah sebuah karya baharu yang menuntut alam dan pemikiran baharu. Barangkali semangat dan motifnya menjadi begitu berbeza dan ini sering mengganggu penulis novel. Ini belum lagi novel besar jatuh ke tangan pengarah kerdil pemikirannya cuma bercita-cita besar. Hasilnya novel besar dirasakan hanyut bersama ketidaksampaian pengarah yang kerdil tadi.
Proses interpretasi daripada naratif teks kepada visual tidak boleh berlaku secara mudah. Ini bukan sekadar memindahkan tetapi di tengah-tengahnya harus ada interpretasi baharu. Penulis novel wajar menerima hakikat bahawa novelnya akan melahirkan karya baharu. Maksud adaptasi adalah membaca karya novel asal kemudian menghasilkan skrip hasil interpretasi dan dibawa dalam bentuk visual (filem/drama). Namun karya adaptasi yang dilakukan oleh pengarah tempatan tidak ubah seperti menyalin bulat-bulat apa yang terkandung di dalam novel asalnya.
Penulis skrip hanya menghasilkan skrip daripada apa yang ada di hadapan mata sahaja menyebabkan kebanyakan skrip dan drama tidak membawa jiwa dan pemikiran pengarang. Sebab itu hanya pengarah hebat saja mampu mengadaptasi novel yang hebat. Pengarah sememangnya boleh menambah, mencantas atau mengalih tumpuan sesebuah novel. Tetapi kerja mencantas memerlukan ilmu. Tanpa ilmu mencantas atau menambah seumpama tikus memperbaiki labu. Maka kebebasan itu bukanlah sembarangan orang boleh melakukan.
Bagi pengarah Kamal Ishak, hal ini tidak ubah seperti memindah karya asal novel kepada bentuk visual semata-mata - tiada yang lebih atau tiada yang kurang. Jelas Kamal, sepatutnya penulis skrip adaptasi perlu memahami kehendak penulis asal novel tersebut dan menghasilkan satu bentuk wacana baru. 
Sepatutnya penulis skrip adaptasi ini perlu bijak dan bukan hanya memindahkan cerita asal novel ke dalam skrip. Itu hanya menyalin karya asal bukannya adaptasi. Sepatutnya diselitkan satu wacana dan pemikiran baru, biar skrip adaptasi itu ada jiwanya yang tersendiri dan itu barulah yang dinamakan adaptasi.

      
   
   


·         APA ITU SUMBER RUJUKAN?

·         Rujukan ialah senarai rujukan yang diberikan di akhir sesuatu penulisan atau karangan ilmiah.Senarai ini hanya menyenaraikan rujukan yang telah digunakan dalam bentuk citasi. 
·          
·         MAKSUD APA?

·         APA (American Psychological Association) Referencing Style ialah gaya rasmi dalam menyenaraikan sumber rujukan (references) dan citasi (citations).
·          
·         CARA PENULISAN RUJUKAN BERCETAK DAN ONLINE

·         A.    CERAMAH
·          
·         STRUKTUR:
·         Author, F.M. (Publication Year). Name or title of lecture [file 
·               format]. Retrieved from URL
·          
·         CONTOH:
·         Jacobson, T.E. & Mackey, T. (2013). What’s in the name?: 
·              Information literacy, metaliteracy, or transliteracy [Powerpoint 
·              slides]. Retrieved from http://www.slideshare.net/tmackey/acrl-
·              2013
·          
·         B.     FILEM
·          
·         STRUKTUR:
·         Pengeluar, F.M. (Penerbit), & Pengarah, F.M. (Pengarah). (Akhbar Tahun). 
·                 Tajuk gambar bergerak [Wayang gambar]. Negara asal: Studio.
·          
·         CONTOH:
·         Stiller, B. (Producer) & Ayoade, R. (Director). (2011). 
·               Submarine.[Motion picture]. United Kingdom: Film4 Productions.
·          
·         C.    TWEET
·          
·         STRUKTUR:
·         Nama pengguna. (Tahun, Bulan Tarikh). Tweet teks. Diambil dari URL.
·          
·         CONTOH:
·         jtimberlake. (2014, June 16). USA! 
·             USA!!. https://twitter.com/jtimberlake/status/478689830667186176.
·          
·         D.    LAGU
·          
·         LEMBARAN MUZIK MENGGUNAKAN  KOMPOSER SEBAGAI SEORANG DESKRIPSI/PENGHURAI:
·          
·         STRUKTUR:
·         Beethoven, L. (Composer). (2002). Fur Elise [Sheet music]. New York: 
·              Random House.
·          
·         LEMBARAN MUZIK MENGGUNAKAN KOMPOSER SEBAGAI DESKRIPSI ATAU PENGHURAI DENGAN TARIKH PENERBITAN ASAL:
·          
·         STRUKTUR: 
·         Beethoven, L. (Composer). (2002). Fur Elise [Sheet music]. New York: 
·              Random House. (Original work published 1810).
·          
·         LEMABARAN MUZIK TIDAK MENGGUNAKAN KOMPOSER SEBAGAI DESKRIPSI ATAU PENGHURAI:
·         STRUKTUR:
·         Beethoven, L. (2002). Fur Elise [Sheet music]. New York: Random 
·              House.
·          
·         CONTOH LEMBARAN MUZIK DI DALAM KOLEKSI DENGAN KOMPOSER PENGHURAI
·         STRUKTUR:
·         Beethoven, L. (Composer). (2002). Fur Elise [Sheet music]. In A. 
·              Harrington (Ed.), Book of Music. New York: Random House.
·          
·         LEMBARAN MUZIK DI DALAM KOLEKSI TANPA KOMPOSER PENGHURAI DAN DENGAN TAHUN ASAL DITERBITKAN
·         STRUKTUR:
·         Beethoven, L. (2002). Fur Elise [Sheet music]. In A. Harrington (Ed.), Book of Music. New York: 
·                Random House. (Original work published 1810).
·          
·         E.     LAPORAN
·          
·         BERCETAK
·         STRUKTUR:
·         Pengarang, F.M. (Tahun Penerbitan). Tajuk laporan (Laporan No. XXX). 
·               Penerbit Bandar, Negeri: Penerbit.
·          
·         CONTOH:
·         Turnitin. (2003). What’s wrong with Wikipedia?: Evaluating the 
·              sources by students. Oakland, CA: iParadigms, LLC.
·          
·         ONLINE
·         STRUKTUR:
·         Pengarang, F.M. (Tahun Penerbitan). Tajuk laporan (Laporan No. XXX). Diambil daripada laman web nama 
·              Agency: URL
·          
·         CONTOH:
·         Gorbunova, Y. (2013). Laws of attrition: Crackdown on Russia’s civil society after Putin’s return to the presidency. Retrieved 
·                from Human Rights Watch Website: http://www.hrw.org/sites/default/files/reports/russia0413_ForUpload_o.pdf
·          
·          
·         F.     TEMURAMAH
·          
·         STRUKTUR:
·         Nama akhir, FI. (Tarikh Tahun, Bulan). Jenis Wawancara [e-mel, telefon, 
·              temuduga peribadi, temu bual peribadi dengan [FI pihak ketiga 
·              Nama Akhir].
·          
·         CONTOH:
·         Cloyd, A. (2014, July 29). Personal interview.
·          
·         G.    SIARAN TV/RADIO
·          
·         STRUKTUR:
·         Writer, F.M. (Writer), & Pengarah, F.M. (Pengarah). (Tahun siaran). tajuk  
·                  episod [siri televisyen episod]. Dalam F.M. Pengeluar (Penerbit 
·                  eksekutif), nama siri TV. Bandar, Negeri saluran asal: Channel.
·          
·         CONTOH:
·         Dick, L. (Writer), & Yaitanes, G. (Director). (2009). Simple 
·               explanation [Television series episode]. In P. Attanasio (Executive 
·               producer),House, M.D. Los Angeles, CA: Fox Broadcasting.
·          
·         H.    VIDEO YOUTUBE
·          
·         STRUKTUR:
·         Nama Akhir, F.M. [Nama pengguna]. (Tahun, Bulan Tarikh). Tajuk video. 
·                [Fail Video]. Diambil dari URL.
·          
·         CONTOH:
·         [GEICO Insurance]. (2013, May 22). GEICO hump day camel 
·               commercial – happier than a camel on Wednesday. [Video 
·               File]. Retrieved from http://youtu.be/kWBhP0EQ1lA.
·          
·         I.       LAMAN WEB
·          
·         BERPENGARANG
·         STRUKTUR:
·         Pengarang, F.M. (Tahun, Bulan Tarikh diterbitkan). tajuk artikel. Diambil daripada 
·               URL
·          
·         CONTOH:
·         Limer, E. (2013, October 1). Heck yes! The first free wireless plan is finally 
·                  here. Retrieved from http://gizmodo.com/heck-yes-the-first-free-wireless-
·                  plan-is-finally-here-1429566597
·          
·         TIADA PENGARANG
·         STRUKTUR:
·         Tajuk artikel. (Tahun, Bulan Tarikh diterbitkan). Diambil daripada URL
·          
·         CONTOH:
·         India: Country specific information. (2013, October 3). Retrieved from 
·                  http://travel.state.gov/travel/cis_pa_tw/cis/cis_1139.html
·          
·         J.      RAKAMAN MUZIKAL
·          
·         STRUKTUR:
·         Penulis lagu F.M. (Tahun Copyright). Tajuk lagu [Riwayat F.M. Terakhir (nama / 
·                kumpulan muzik pelaku)]. Pada tajuk Album [Pengantar rakaman]. City, 
·                State of label: nama label Rekod.
·          
·         CONTOH:
·         Turner, A. (2013). Do I wanna know? [Recorded by Artic Monkeys]. 
·          

·               On AM [MP3 file]. London, England: Domino Records.